TAKAFUL KENDERAAN TAKAFUL MALAYSIA

Bantuan dan Sokongan

  • Towing
  • Baikpulih kenderaan
  • Bantuan bateri
  • Bantuan jumpstart kenderaan
  • Penghantaran minyak kenderaan
  • Unlimited breakdown towing sehingga lebih 50km

Bantuan 1800-888-788
019 629 2680 (WhatsApp) untuk kenderaan terjejas akibat banjir.

Mohon Sebutharga On WhatsApp

 

Terdapat 2 pilihan jenis perlindungan untuk takaful Motor:

1. Perlindungan Komprehensif

  • Manfaat akan dibayar untuk kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan sendiri disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran.
  • Tambahan, pelan ini menyediakan perlindungan kemalangan peribadi percuma bernilai RM15,000 bagi setiap pemandu dan penumpang sekiranya kematian tidak sengaja atau keilatan kekal ketika dalam perjalanan atau sedang turun daripada kenderaan.

2. Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

  • Manfaat akan dibayar jika kematian, atau kecederaan badan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga, dan kerosakan kepada kenderaan atau harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda.
  • Perlindungan ini terhad kepada sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, letupan, kilat, pecah rumah, pencurian atau kecurian.

Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh memilih perlindungan tambahan seperti berikut:

    • Kerosakan cermin hadapan
    • Perlindungan liabiliti penumpang
    • Peril khas seperti banjir, ribut angin, taufan, tanah runtuh, dll
    • Mogok, rusuhan dan kekacauan umum dan banyak lagi

Di samping itu, pelanggan Perlindungan Komprehensif kami akan mendapat ganjaran pulangan tunai sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

 

Kita tidak dapat meramalkan bila kita akan mengalami kerosakan kereta – sama ada kenderaan kehabisan bateri ataupun tayar pancit. Jangan khuatir, Takaful Malaysia bersedia untuk membantu ​anda melalui perkhidmatan Tele Bantuan.

Apakah Tele Bantuan?

Tele Bantuan merupakan program bantuan kecemasan kereta 24/7 yang disediakan untuk semua peserta yang layak dibawah perlindungan Takaful Motor Persendirian Komprehensif dan Takaful Motor Motosikal Komprehensif.

Apakah yang dilindungi dibawah Tele Bantuan?

  • KerosakanJika kenderaan anda mengalami kerosakan, anda layak untuk mendapatkan perkhidmatan berikut:
      • Pembaikan Kerosakan Kecil di Bahu Jalan 24/7Pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan membantu dan membaiki kenderaan di bahu jalan dengan kos buruh percuma sehingga 2 jam. Pembaikan kerosakan kecil di bahu jalan adalah pembaikan yang boleh dilakukan di tempat kejadian. Sebagai contoh perkhidmatan “jumpstart”, penukaran bateri atau tayar, penghantaran kecemasan petrol dan/atau kerja-kerja pendawaian kecil.Walau bagaimanapun, semua kos lain yang terlibat termasuk penggantian alat ganti kenderaan semasa pembaikan dan caj tol, jika ada, akan ditanggung oleh anda.
    • Perkhidmatan Tunda 24/7Jika kenderaan anda tidak boleh dibaiki di tempat kejadian, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma dari tempat berlaku kejadian ke bengkel panel Takaful Malaysia yang terdekat, sehingga 50km (perjalanan sehala) untuk Kereta Persendirian dan sehingga 30km (perjalanan sehala) untuk Motosikal bagi setiap kejadian. Untuk jarak tambahan yang melebihi jarak yang ditentukan, anda perlu membayar kos tambahan iaitu RM2.00 bagi setiap kilometer.Bagi perlindungan Takaful Motosikal Komprehensif, manfaat ini adalah terhad untuk penggunaan kali pertama sahaja sepanjang tempoh perlindungan. Peserta akan menanggung sepenuhnya kos untuk perkhidmatan yang seterusnya.
  • KemalanganJika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma sehingga jumlah maksimum sebanyak RM200 untuk Kereta Persendirian dan jumlah maksimum sebanyak RM50 untuk Motosikal, ke bengkel panel Takaful Malaysia yang berhampiran.

 

Shopping Cart
Scroll to Top
Review Your Cart
0
Add Coupon Code
Subtotal